Pages

Saturday, September 4, 2010

apakah....

apakah..

yang sedang terjadi dalam tubuh badanku ini...

apakah..

yang sedang berlaku diluar pandangan kasar aku??

apakah..

rasa apakah yang sedang ku alami ini......


sakit...
panas...
sejuk...
pedih...
menusuk...
semua silih berganti, pada ketika2 yang tidak menentu...

sehingga yang belum pernah ku alami juga telah terjadi semalam ... sakitnya... hanya Kau yang tahu..

Ya Allah...

aku tahu dimana yang terjadi sesuatu..
dan ada yang aku tahu apakah ia..
tapi ku tidak tahu... sehingga tahap manakah ia ..
kerana ku tidak mahu memikirkannya...
kerana apa yang mahu kufikirkan hanyalah..
aku semakin baik dan semakin okay.
kerana semuanya mampu dengan kuasaMu Ya ALLAH..




Ya Allah....

aku tahu aku bukan insan yang benar2 taat kepadaMu..
aku tahu aku bukan insan yang terlepas dari melakukan dosa2 besar..
aku juga tahu aku kini bukan anak yang benar2 baik..

Namun Ya Allah...

aku mohon kepadaMu... kpd Kau Yang Maha Pengampun.. lg Maha Pemurah dan Penyayang, Kau Yang Esa...

Maafkan setiap dosa2ku... dan ku mohon Ya Allah SWT, Pinjamkan lagi kepadaku, setiap inci anggota tubuhku segala2nya luar dan dalam, yang Kau sedang pinjamkan kepadaku kini..

Berikanlah kesempatan untukku terus memilikinya lagi.. untuk satu waktu yang panjang..untuk sepanjang hayatku... pinjamkan aku dalam keadaan serba baik seperti Kau anugerahkan pada awalnya Ya Allah..

kerana,

aku masih memiliki beberapa orang yang ku kasihi, sayangi, dan cintai Ya Allah..
yang masih mengharapkan kasih dan sayang dariku Ya Allah..
yang masih memerlukanku disisinya Ya Allah..
untuk sama-sama meneruskan perjuangan dan perjalanan di dunia ini ..
kerna itu, ku perlukan khudratku Ya Allah.. aku mohon pinjam lagi semuanya dariMu..

No comments: